Friday, October 2, 2009

Laksam

Bahan-bahan laksam;
1 paket tepung beras
air secukupnya

Bahan penyediaan kuah;
5 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya sahaja)
1 inci halia
10 ulas bawang kecil
1 biji kelapa diambil santannya
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk ulam;
sedikit daun kesum, bunga kantan, timun, daun serai kayu, dan kacang panjang (semuanya dihiris halus).
tauge (jika suka)

Bahan untuk sambal;
sedikit cili api
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat laksam;
1. Tepung beras dibancuh bersama air sehingga sebati.
2. Kemudian bancuhan tersebut diratakan ke atas dulang kecil atau penutup periuk lalu dikukus (satu persatu hingga habis) sehingga masak dengan api sederhana.
3. Setelah sejuk, gulung laksam tersebut.

Cara penyediaan kuah;
1. Bawang merah, halia dan ikan dikisar lumat.
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama santan ke dalam periuk lalu ditambah dengan garam dan gula.
3. Kemudian, masak dengan api yang sederhana.
4. Setelah mendidih, masukkan asam keping. Kacau selalu supaya ia tidak berketul.

Cara penyediaan sambal;
1. Cili api, cuka, garam dan gula dikisar hingga lumat.
2. Setelah itu laksam dipotong-potong dan dihidangkan ke dalam mangkuk. Sebelum makan masukkan, ulaman serta tauge, tuangkan kuah dan juga sambal.

No comments:

Post a Comment