Friday, October 2, 2009

Cili Kering Kisar Tahan Lama

Ramai suri rumah yang mengisar cili untuk stok seminggu untuk memudahkan kerja memasak. Namun selalunya cili tidak dapat tahan lama kerana berkulat. Untuk mengelakkannya, kisar cili kering dengan ir bersama dengan bawang besar sehingga hancur. Simpan cili yang telah dikisar di dalam bekas tertutup dan ia boleh tahan sehingga 2 minggu.

Hilangkan Rasa Gatal Keladi


Keladi memang enak dimakan tapi ada kalanya jika tidak pandai menyediakannya ia boleh menyebabkan gatal. Untuk mengelak gatal ini, rebus ubi keladi terlebih dahulu sehingga empuk dan asingkan. Air rebusan tadi usah dibuang. Celur pula batangnya dalam masa 10 minit dan angkat. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua memasukkan tiga hingga empat keping hirisan buah pinang ke dalam masakan.

Ciku Cepat Di Masak

Melihat buah ciku pasti ramai yang terliur. Tak sabar menikmati rasanya yang manis. Bagi membolehkan ciku cepat masak, basuh dan keringkan dahulu buah ciku. Kemudian masukkan buah ciku ke dalam beras. Biarkan untuk beberapa hari sebelum boleh dimakan.

Kekalkan Keenakan Udang

Bagi memastikan keenakan udang kekal dalam masakan amalkan petua ini, bersihkan udang terlebih dahulu sebelum membuang kulitnya. Bilas udang dengan air kelapa. Tanggalkan kulitnya tetapi jangan dibuang kulit udang. Sebaliknya bungkus kulit dengan menggunakan kain kapas dan ikat seperti sup bunjut. Masukkan bungkusan ke dalam masakan.

Pulut Pagi @ Pulut Manis bersama Pulut Ikan Kering

Bahan-bahan;
1/2 kg beras pulut direndam
5 keping manisan di masak pekat
1 biji kelapa parut (putih)
garam secukup rasa

Bahan untuk pulut ikan kering;
1/2 kg beras pulut (direndam terlebih dahulu)
1/2 biji kelapa diambil santannya
sedikit ikan masin atau ikan kering gelama (pilihan ikan ikut citarasa)
1 biji kelapa parut (putih)
garam secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Kukus beras pulut sehingga separuh masak.
2. Kemudian gaulkan pulut dengan manisan hingga sekata lalu dikukus semula sehingga masak.
3. Kelapa parut kemudiannya digaul bersama sedikit garam.
4. Pulut manis sedia dimakan bersama kelapa.

Nasi Kerabu Kuning

Bahan-bahan untuk nasi;
1 kg beras
1 batang serai
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya

Bahan untuk menumis;
1/2 kg santan
5 tangkai cili kering
1 inci halia
8-10 ulas bawang merah
1 batang serai (diketuk)
1 keping manisan
1 keping asam keping
budu secukup rasa
garam secukup rasa

Penyediaan sambal kelapa;
1 mangkuk kelapa goreng
1 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
garam dan gula secukup rasa

Penyediaan ulam;
1. Sedikit daun kesum, daun selom, kacang panjang, daun serai kayu, bunga kantan, timun, kubis dihiris halus. Masukkan tauge jika suka dan keropok goreng.
2. Hidang di dalam pinggan.

Penyediaan sambal lada;
Sedikit cili padi
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa
*semua bahan ini dikisar
*budu ditambah dengan cili dan bawang yang dipotong serta perahan limau nipis.

Cara membuatnya;
Penyediaan nasi;
1. Beras dicampurkan dengan serbuk kunyit dan ditanak.
2. Masukkan serai yang diketuk bagi menambahkan bau.
Cara membuat tumisan;
1. Cili kering, halia dan bawang merah dikisar sehingga lumat.
2. Kemudian, campurkan santan dan bahan yang telah dikisar bersama budu, manisan, asam keping, garam dan serai. Masak di atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Penyediaan hidangan;
1. Ambil sepinggan nasi kuning dicampurkan dengan sambal kelapa, ulaman dan taugeh.
2. Tuangkan sedikit tumisan, budu dan sambal lada lalu letakkan beberapa keping keropok goreng.
Cara membuat sambal kelapa;
1. Halia, bawang merah,bawang putih, seri dikisar sehingga lumat.
2. Isi ikan dihancurkan lalu digaul bersama bahan yang dikisar tadi bersama garam dan gula secukup rasa.
3. Kacau hingga sebati.

Ketupat Sotong

Bahan-bahan;
1 kg sotong segar
1/2 kg beras pulut
3-4 keping manisan
2 helai daun pandan
santan secukupnya

Cara membuatnya;
1. Beras pulut dicampurkan dgn sedikit santan dan dibiarkan seketika.
2. Kemudian beras tadi disumbat ke dlm sotong (kpala sotong hendklah dicucuk dgn lidi pd badannya).
3. Susun sotong yang telah siap disumbat ke dlm periuk lalu di rebus bersama santan dan daun pandan dengan api yg sederhana.