Friday, October 2, 2009

Cili Kering Kisar Tahan Lama

Ramai suri rumah yang mengisar cili untuk stok seminggu untuk memudahkan kerja memasak. Namun selalunya cili tidak dapat tahan lama kerana berkulat. Untuk mengelakkannya, kisar cili kering dengan ir bersama dengan bawang besar sehingga hancur. Simpan cili yang telah dikisar di dalam bekas tertutup dan ia boleh tahan sehingga 2 minggu.

Hilangkan Rasa Gatal Keladi


Keladi memang enak dimakan tapi ada kalanya jika tidak pandai menyediakannya ia boleh menyebabkan gatal. Untuk mengelak gatal ini, rebus ubi keladi terlebih dahulu sehingga empuk dan asingkan. Air rebusan tadi usah dibuang. Celur pula batangnya dalam masa 10 minit dan angkat. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua memasukkan tiga hingga empat keping hirisan buah pinang ke dalam masakan.

Ciku Cepat Di Masak

Melihat buah ciku pasti ramai yang terliur. Tak sabar menikmati rasanya yang manis. Bagi membolehkan ciku cepat masak, basuh dan keringkan dahulu buah ciku. Kemudian masukkan buah ciku ke dalam beras. Biarkan untuk beberapa hari sebelum boleh dimakan.

Kekalkan Keenakan Udang

Bagi memastikan keenakan udang kekal dalam masakan amalkan petua ini, bersihkan udang terlebih dahulu sebelum membuang kulitnya. Bilas udang dengan air kelapa. Tanggalkan kulitnya tetapi jangan dibuang kulit udang. Sebaliknya bungkus kulit dengan menggunakan kain kapas dan ikat seperti sup bunjut. Masukkan bungkusan ke dalam masakan.

Pulut Pagi @ Pulut Manis bersama Pulut Ikan Kering

Bahan-bahan;
1/2 kg beras pulut direndam
5 keping manisan di masak pekat
1 biji kelapa parut (putih)
garam secukup rasa

Bahan untuk pulut ikan kering;
1/2 kg beras pulut (direndam terlebih dahulu)
1/2 biji kelapa diambil santannya
sedikit ikan masin atau ikan kering gelama (pilihan ikan ikut citarasa)
1 biji kelapa parut (putih)
garam secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Kukus beras pulut sehingga separuh masak.
2. Kemudian gaulkan pulut dengan manisan hingga sekata lalu dikukus semula sehingga masak.
3. Kelapa parut kemudiannya digaul bersama sedikit garam.
4. Pulut manis sedia dimakan bersama kelapa.

Nasi Kerabu Kuning

Bahan-bahan untuk nasi;
1 kg beras
1 batang serai
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya

Bahan untuk menumis;
1/2 kg santan
5 tangkai cili kering
1 inci halia
8-10 ulas bawang merah
1 batang serai (diketuk)
1 keping manisan
1 keping asam keping
budu secukup rasa
garam secukup rasa

Penyediaan sambal kelapa;
1 mangkuk kelapa goreng
1 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
garam dan gula secukup rasa

Penyediaan ulam;
1. Sedikit daun kesum, daun selom, kacang panjang, daun serai kayu, bunga kantan, timun, kubis dihiris halus. Masukkan tauge jika suka dan keropok goreng.
2. Hidang di dalam pinggan.

Penyediaan sambal lada;
Sedikit cili padi
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa
*semua bahan ini dikisar
*budu ditambah dengan cili dan bawang yang dipotong serta perahan limau nipis.

Cara membuatnya;
Penyediaan nasi;
1. Beras dicampurkan dengan serbuk kunyit dan ditanak.
2. Masukkan serai yang diketuk bagi menambahkan bau.
Cara membuat tumisan;
1. Cili kering, halia dan bawang merah dikisar sehingga lumat.
2. Kemudian, campurkan santan dan bahan yang telah dikisar bersama budu, manisan, asam keping, garam dan serai. Masak di atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Penyediaan hidangan;
1. Ambil sepinggan nasi kuning dicampurkan dengan sambal kelapa, ulaman dan taugeh.
2. Tuangkan sedikit tumisan, budu dan sambal lada lalu letakkan beberapa keping keropok goreng.
Cara membuat sambal kelapa;
1. Halia, bawang merah,bawang putih, seri dikisar sehingga lumat.
2. Isi ikan dihancurkan lalu digaul bersama bahan yang dikisar tadi bersama garam dan gula secukup rasa.
3. Kacau hingga sebati.

Ketupat Sotong

Bahan-bahan;
1 kg sotong segar
1/2 kg beras pulut
3-4 keping manisan
2 helai daun pandan
santan secukupnya

Cara membuatnya;
1. Beras pulut dicampurkan dgn sedikit santan dan dibiarkan seketika.
2. Kemudian beras tadi disumbat ke dlm sotong (kpala sotong hendklah dicucuk dgn lidi pd badannya).
3. Susun sotong yang telah siap disumbat ke dlm periuk lalu di rebus bersama santan dan daun pandan dengan api yg sederhana.

Solok Lada

Bahan-bahan;
10 biji cili hijau
1/2 biji kelapa parut (putih)
1/2 inci halia
10 ulas bawang kecil
3 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
sedikit santan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Cili hijau dibela sebahagian tengahnya & dibuang biji kemudin direndam di dlm air seketika.
2. Bawang kecil, halia dan isi ikan dikisar.
3. Kemudian bahan tadi digaul dgn kepala serta garam & gula sehingga sebati.
4. Cili ditos kemudian bahan yang digaul tadi disumbat ke dlm cili hijau.
5. Susunkan cili tadi di dlm periuk atau bekas kemudian tuangkan sedikit santan ke atasya dan dimasak atau dikukus dengan api yang sederhana.

Gula Kawah

Bahan-bahan;
1 kg daging cincang
2 sudu besar rempah gulai kawah
10 ulas bawang kecil
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 keping asam keping
1/2 keping manisan
1 biji kelapa diambil santan
garam dan gula secukup rasa
budu secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Bawang kecil, halia dan lengkuas dikisar lumat.
2. Daging dipotong dan dibersihkan. Kemudian gaul dengan bahan yang dikisar tadi bersama serbuk ketumbar dan rempah gulai kawah.
3. Seterusnya masak di atas api yang sederhana, setelah daging lembut, masukkan santan, asam keping, manisan, budu, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga masak.

Kerutup daging & Limpa

Bahan-bahan;
1 kg daging (dipotong 10 ketul)
1 kg limpa (dipotong 10 ketul)
1/2 kg bawang kecil
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kerutup
1 keping manisan atau gula kabung
1 batang serai
1 keping kulit kayu manis
1/2 kg santan
sedikit belacan
asam jawa secukupnya

Cara membuatnya;
1. Bawang kecil, halia, lengkuas, bawang putih dikisar hingga lumat.
2. Kemudian tumiskan bersama dengan rempah kerutup dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan limpa beserta air asam jawa, serbuk ketumbar, belacan dan serai yang diketuk.
4. Kacau perlahan-lahan dan masak dengan api yang sederhana.
5. Setelah mendidih, masukkan santan, manisan, garam dan gula secukupnya.
6. Kacau rata, tutup periuk dan biarkan sehingga pekat dan naik minyak.

Gulai Ayam

Bahan-bahan;
1 ekor ayam (dipotong 12)
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
15 ulas bawang kecil
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 batang serai
1 biji kelapa di ambil santan
1 batang serai
2 biji ubi kentang
sedikit belacan
asam jawa secukupnya
garam dan sula secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Ayam disediakan.
2. Bawang kecil, halia dan lengkuas dikisar hingga lumat.
3. Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama dengan rempah kari. Lalu masukkan air asam jawa, ayam serta sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan garam, gula, santan, belacan, serbuk ketumbar, serai, serbuk cili dan ubi kentang yang telah di potong. Kacau gulai dan dibiarkan pekat sebelum dihidang.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan;
1 kg ikan tongkol
10 ulas bawang kecil
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
i biji timun (dipotong)
sedikit kacang panjang
6-7 tangkai cili kering
4 keping asam keping
1 biji kelapa diambil santan
1 keping manisan atau gula kabung
1 biji cili hijau
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya;
1.Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong. Kemudian, rebus bersama garam, asam keping dan manisan dengan menggunakan api kecil hingga kering.
2. Setelah itu, kisar hingga lumat cili kering bersama lengkuas dan kunyit.
3. Kemudian, masukkan ke dalam santan dan masak di atas api yang sederhana. Setelah mendidih, masukkan ikan tongkol tadi, asam keping, garam dan gula secukup rasa lalu dimasak kuah sehingga pekat.
4. Akhir sekali, masukkan potongan timun, kacang panjang dan cili hijau ke dalam gulai tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Laksam

Bahan-bahan laksam;
1 paket tepung beras
air secukupnya

Bahan penyediaan kuah;
5 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya sahaja)
1 inci halia
10 ulas bawang kecil
1 biji kelapa diambil santannya
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk ulam;
sedikit daun kesum, bunga kantan, timun, daun serai kayu, dan kacang panjang (semuanya dihiris halus).
tauge (jika suka)

Bahan untuk sambal;
sedikit cili api
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat laksam;
1. Tepung beras dibancuh bersama air sehingga sebati.
2. Kemudian bancuhan tersebut diratakan ke atas dulang kecil atau penutup periuk lalu dikukus (satu persatu hingga habis) sehingga masak dengan api sederhana.
3. Setelah sejuk, gulung laksam tersebut.

Cara penyediaan kuah;
1. Bawang merah, halia dan ikan dikisar lumat.
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama santan ke dalam periuk lalu ditambah dengan garam dan gula.
3. Kemudian, masak dengan api yang sederhana.
4. Setelah mendidih, masukkan asam keping. Kacau selalu supaya ia tidak berketul.

Cara penyediaan sambal;
1. Cili api, cuka, garam dan gula dikisar hingga lumat.
2. Setelah itu laksam dipotong-potong dan dihidangkan ke dalam mangkuk. Sebelum makan masukkan, ulaman serta tauge, tuangkan kuah dan juga sambal.

Ayam Percik

Bahan-bahan;
1 kg ayam (direbus dahulu seketika sebelum dibakar)
10 ulas bawang merah
1 inci halia
4 biji cili merah
1 keping asam keping
1 biji kelapa (diambil patinya)
1 batang serai (diketuk)
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Bawang merah, halia dan cili merah dikisar halus. Setelah dikisar, asingkan untuk penyediaan kuah.
2. Ayam digaul dengan bahan yang dikisar lalu dibakar.

Penyediaan kuah;
1. Masukkan lebihan bahan yang dikisar bersama dengan asam keping, santan, serai, garam dan gula.

Ikan Percik (Ikan Merah)

Bahan-bahan;
1 kg ikan kembung
10 ulas bawang merah
1 inci halia
4 biji cili merah
1 keping asam keping
1 biji kelapa (diambil patinya)
1 batang serai (diketuk)
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Bawang merah,halia dan cili merah dikisar halus. Setelah dikisar asingkan sedikit untuk menyediakan kuah.
2. Ikan digaul dengan sebahagian bahan yang dikisar tadi lalu dibakar.

Penyediaan kuah;
1. Masukkan lebihan bahan yang dikisar tadi bersama asam keping, santan, serai, garam dan gula.
2. Setelah ikan siap dibakar, siramkan kuah ke atas ikan tadi dan sedia untuk dihidangkan.

Daging Singgang

Bahan-bahan;
1 kg daging cincang
7 ulas bawang kecil
7 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar biji lada hitam
4 tangkai cili kering (dipotong empat)
5 keping asam keping
garam, budu dan bahan perasa secukupnya

Cara membuatnya;
1. Daging dipotong dan diibesihkan.
2. Bawang kecil, bawang putih, lengkuas, serta halia dimayang halus dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Kemudian masukkan bersama daging, biji ketumbar, biji lada hitam.
3. Kacau dan tambahkan bahan perasa, garam serta budu.
4. Setelah daging empuk masukkan cili kering.
5. Selepas 5 minit, sedia untuk dihidang.

Ikan Singgang

Bahan-bahan;
1 kg ikan tongkol atau kembung
10 ulas bawang putih (dimayang)
lengkuas sebesar ibu jari (dimayang)
6 keping asam keping
1 keping manisan
10 biji cili padi
5 biji cili hijau
10 biji kacang bendi
garam dan budu secukup rasa
air secukupnya

Cara membuatnya;
1. Ikan dibersihkan dan dipotong.
2. Masukkan bawang putih, lengkuas, asam keping, manisan, garam, budu dan air beserta ikan lalu dimasak dengan api yang sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan cili api, cili hijau dan bendi untuk bahan tambahan. Sedia untuk dihidangkan.