Saturday, September 26, 2009

Hot Ali Mocha

Bahan-bahan;
1 shot ekspresso
1 pencedok aiskrim bersaiz sederhana air panas
1 shot serbuk alicafe
susu segar untuk hiasan

Cara membuatnya;
1. Tuang susu ke dalam gelas.
2. Satukan ekspresso ke dalam air panas.
3. Tuang ekspresso ke dalam gelas tadi dan kacau untuk mendapatkan buih.

Ice Blended Pitaya

Bahan-bahan;
1.5 pencedok aiskrim ais ketul
1 pencedok aiskrim bersaiz besar serbuk frappe
1 pencedok aiskrim bersaiz besar puri buah naga
3 pencedok aiskrim bersaiz besar air

Cara membuatnya;
1. Kisar semua bahan sehingga lembut dan sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Emerald Fizzy

Bahan-bahan;
10 ml sirap pudina
1 auns sirap
2 auns perahan limau
1 auns daun pudina
ketulan ais
ais kim soda ikut citarasa

Cara membuatnya;
1. Masukkan sirap pudina.
2. Perah limau dan daun pudina.
3. Masukkan 2/3 ketul ais.
4. Tambahkan ais krim soda di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Hilangkan Pahit Peria

Peria walaupun pahit tetapi ianya berkhasiat. Untuk menghilangkan rasa pahit peria cubalan petua ini iaitu rendamkan peria yang siap dipotong dalam air basuhan beras. InsyaAllah rasa pahitnya akan hilang.

Taugeh Kekal Segar

Masukkan taugeh yang telah dibersihkan ke dalam seberkas air. Perah sedikit limau ke dalamnya dan simpanlah taugeh tersebut ke dalam icebox. Pasti taugeh tersebut kekal segar dalam jangkamasa yang lebih lama.

Kuzi Kambing

Bahan A;
1/2 kg daging kambing - direbus
10 ulas bawang merah - digoreng & dikisar
5 ulas bawang putih - digoreng & dikisar
20 gm halia - digoreng & dikisar

Bahan B;
2 sudu rempah kari daging
1 sudu lada sulah
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk cili
300 gm susu cair
150 gm sos tomato
50 gm pes tomato

Bahan C - untuk hiasan;
30 gm kismis
1 biji tomato - dipotong empat
20 gm daun ketumbar - dihiris kasar

Cara membuatnya;
1. Panaskan kuali dan masukkan bahan A dan B sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan C yang telah digoreng.
2. Biarkan sehingga masak selama 2 hingga 3 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Sup Ayam Lemak Berkrim

Bahan-bahan;
400 gm ayam - dipotong kecil bersama tulang
30 gm bawang merah
30 gm bawang putih
20 gm cili padi - diketuk
2 batang serai
2 cm lengkuas - dihiris keping
3-4 helai daun limau purut
2 biji limau nipis - diambil airnya
2 biji tomato - dipotong menyerong
40-50 gm tomato puri
sedikit garam, gula & perasa
1 tin susu cair

Cara membuatnya;
1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan isi ayam yang dipotong, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas dan tomato puri.
3. Biarkan hingga mendidih selama 3 hingga 4 minit dan masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Tunggu sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.

Kambing Panggang Bersos Kari Hijau Berserai

Bahan-bahan;
250 gm tulang rusuk kambing
1 tin susu cair
3 batang serai
30 gm bawang merah - dikisar
20 gm bawang putih - dikisar
20 gm halia - dikisar
40 gm cili hijau - dikisar
40 gm daun ketumbar
sedikit serbuk lada sulah
20 gm serbuk jintan manis
20-30 gm paprika

Cara membuatnya;
1. Perapkan tulang rusuk kambing dengan paprika, garam dan lada sulah selama 15 hingga 20 minit. Kemudian panggang sehingga masak.
2. Untuk membuat sosnya, masak semua dalam kuali sehingga mendidih serta naik minyak.
3. Masukkan susu cair dan bahan perasa secukupnya. Apabila siap tuangkan ke atas tulang rusuk kambing yang telah siap dipanggang tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Isi Ketam Sumbat Dengan Sos Masam


Bahan-bahan;
20 ekor ketam - diambil isinya
30 gm lobak merah
10 seleri
1 ulas bawang besar
1 sudu tepung jagung
1 butir telur

Bahan B;
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji lemon - diambil airnya
50 gm susu cair
sedikit perasa

Cara membuatnya;
1. Cincang dahulu semua bahan A dan gaulan bersama dengan tepung jagung dan telur hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kulir ketam dan kukus selama hingga 7 minit.
2. Tumis bawang putih dan masukkan jus lemon dan susu cair sehingga mendidih. Kemudian tuangkan ke atas ketam yang telah dikukus tadi. Hias dan sedia untuk dihidangkan.

Sotong Sumbat Pulut Berlemak

Bahan A;

1 kg sotong - saiz sederhana
300 gm beras pulut - dimasak terlebih dahulu

Bahan B;

500 gm susu cair
30 gm bawang merah - dikisar
15 gm bawang putih - dikisar
10 gm halia - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 sudu besar air gula merah
garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Bersihkan sotong. Masukkan pulut yang telah dimasak tadi ke dalam sotong.
2. Panaskan kuali atas api perlahan-lahan dan kemudian masukkan santan bersama dengan bahan yang telah dikisar.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah disumbat pulut tadi sehingga mendidih. Sedia untuk dihidangkan.

Jantung Pisang Masak Lemak Putih

Bahan-bahan;

1 biji jantung pisang - direbus

Bahan A;

3 biji cili merah - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
10 gm ikan bilis atau udang kering

Bahan B;

300 gm susu cair
1 sudu serbuk lada putih

Cara membuatnya;

1. Panaskan kuali dan masukkan bahan A yang telah dikisar. Kemudian masukkan bersama dengan bahan A.
2. Setelah mendidih, masukkan jantung pisang dan perasa secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

Tilapia Masak Stim

Bahan A;

1 ekor ikan tilapia merah

Bahan B;
20 gm bawang putih
30 gm cili merah
30 gm tan chong

Bahan C;

50 gm sos cili
20 gm bawang merah (di mayang)
50 gm sos plum
300 gm minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Ikan tilapia dibersihkan. Setelah itu, dikukus hingga masak. Angkat dan letakkan di dalam pinggan besar. Ketepikan seketika.
2. Bahan B dikisar dan kemudian ditumiskan hingga masak.
3. Setelah itu, masukkan pula bahan C. Gaul sehingga sebati dan masak lagi hingga naik bau.
4. Selepas itu, tumisan tadi dituangkan ke atas ikan yang telah dikukuskan tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Goreng Labu

Bahan-bahan;
200 gm udang
200 gm ayam char siew
600 gm nasi
3 biji telur ayam
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak, masukkan udang, kemudian telur, dan ayam char siew.
2. Selepas semuanya sebati, masukkan nasi dan kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan garam dan lada hitam. Kacau rata sebelum dihidangkan.

Elak Telur Pecah

Merebus telur dalam kuantiti yang banyak mungkin sukar kerana ianya mudah pecah dan retak. Untuk mengelakkannya, masukkan dua genggam garam ketika telur direbus. Telur akan masak dengan sempurna tanpa kesan retak.

Daun Kari Tahan Lama


Untuk menyimpan daun kari tahan lama, dalam keadaan segar, bersihkan daun kari terlebih dahulu. Ceraikan dari tangkainyadan simpan di dalam bekas kedap udara. Daun kari akan bertahan lama dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.

Badam mudah dikupas

Kesukaran untuk mengupas badam? Bagi memudahkan badam di kupas, masukkan air yang telah dididihkan ke dalam mangkuk, kemudian masukkan badam dan rendam seketika. Setelah direndam badam pasti akan mudah dikupas. Selamat mencuba!!!.

udang sentiasa segar

Bagi mengelakkan udang berbau busuk dan untuk memelihara udang supaya sentiasa segar, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya di dalam icebox. Ini juga boleh menjadikan udang tersebut tahan lama.

Friday, September 25, 2009

Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan;

100 gm sos krim untuk pasta
30 gm hirisan daging lembu yang telah di bakar dalam ketuhar
20 gm kacang hijau
200 gm pasta spageti } di rebus dalam air garam selama 30 saat
1 biji telur kuning
10 gm keju parmesan } di hiris
5 gm daun parsli

Cara membuat;

1. Panaskan sos krim kemudian masukkan hirisan daging lembu. Biarkan seketika dan kemudian masukkan masukkan kacang hijau. Biarkan sebati.
2. Masukkan pasta ke dalam ramuan tersebut. Kemudian padamkan api dan masukkan kuning telur. Kacau ramuan hingga menjadi pekat.
3. Taburkan keju di atas pasta sebelum dihidangkan.

Fettucini Con Funghi


Bahan-bahan;

70 gm cendawan butang putih } di potong dadu
10 gm minyak zaitun
5 gm bawang putih } di mayang halus
100 gm sos krim untuk pasta (bahan-bahan disertakan di bawah)
200 gm pasta fettucini } di rebus dengan air garam selama 30 saat
10 gm hirisan tomato kering yang telah diperam atau sundried tomato
5 gm hirisan buah zaitun hitam

Bahan-bahan sos krim untuk pasta;

240 gm minyak zaitun
460 gm bawang putih } di mayang
75 gm tepung
4000 gm krim masakan
2000 gm susu segar
2 sudu makan kepingan cili kering
4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan garam halus

Cara penyediaan sos krim;

1. Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih menjadi kekuning-kuningan.
2. Masukkan tepung untuk memekatkanya seperti sos atau roux. Jangan biarkan tepung itu menjadi hangit.
3. Masukkan krim dan susu dan biarkan campuran ini mendidih hingga pekat. Kecilkan api dan tetap kacau ramuan ini agar bahagian bawahnya tidak terbakar dan hangit.
4. Biarkan sos mereneh seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan tutup api.

Cara penyediaan pasta;

1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang putih dan cendawan sehingga jadi seakan berlemak dan sebati.
2. Masukkan krim dan biarkan mendidih selama 1 minit.
3. Masukkan pasta ke dalam ramuan sos dan kemudian kacau sehingga sebati.
4. Angkat pasta dan letak di atas pinggan. Taburkan hirisan tomato kering dan hirisan buah zaitun. Sedia untuk dihidangkan.

Chicken Steak with Pasta

Bahan-bahan untuk perapan dijon;

1 sudu teh mustard dijon
1 sudu teh herba campur kering
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan perasa;

1 sudu teh kepingan cili kering
1 sudu teh serbuk bawang putih kering
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan untuk sos cemdawan;

10 gm minyak zaitun
20 gm cendawan putih } di hiris
20 gm cendawan tiram } di hiris
5 gm stok lembu
20 gm sos perang
200 gm air
1 sudu teh mentega

Bahan-bahan A;

180 gm ayam } bahagian kaki
1 sudu makan perapan dijon - lihat bahan-bahan di atas
10 gm minyak zaitun
10 gm bawang putih } di mayang halus
1 sudu teh perasa - lihat bahan-bahan di atas
100 gm pasta Lingguini (telah direbus dlm air garam selam 30 saat)
1 sudu teh daun parsli } di hiris
100 gm sos cendawan - lihat bahan-bahan di atas
100 gm salad campur - mengikut citarasa sendiri

Cara membuat;

1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan. Panggang di dalam ketuhar pada Suhu 250 darjah celcius selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih. Kemudian tuiskan pasta ke dalam bahan tumisan ini. Tambahkan bahan perasa dan kacau sebati.
3. Bagi menyediakan sos atau kuah, tumis bawang putih dan cendawan hingga jadi seakan berlemak dan sebati. Tambahkan stok lembu dan air. Selepas mendidih tambahkan sos perang dan biarkan mereneh sehingga menjadi pekat. Angkat kuali daripada api dan kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
4. Letakkan pasta di tengah pinggan. Kemudian letakkan ayam di sebelahnya. Tuangkan sos ke atas ayam. Sedia untuk dihidangkan.

Lamb Shank

Bahan-bahan;

5 ketul daging kambing bahagian kaki (350 gm setiap satu)
50 gm serbuk cili
50 gm garam
50 gm lada sulah
100 gm gula

Bahan untuk Sos;

100 gm serbu sos perang
300 gm pes tomato
1.5 kg tomato yang telah dikupas kulit
50 gm cuka balsamic
250 gm lobak merah hiris halus
250 gm bawang merah hiris halus
250 gm saderi hiris halus
1.5 liter air

Bahan kentang bakar;

1 kg kentang
1250 gm mentega tanpa garam
100 gm daun ketumbar/parsley
krim masam
daging salai
pembalut aluminium

Cara membuatnya;

1. Perap daging kambing bahagian kaki dengan serbuk cili, garam, lada sulah, dan gula semalaman.
2. Campurkan dan masak semua bahan sos kambing dalam periuk. Pastikan tomato yang telah dikupas kulit itu telah sederhana hancur.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Masak daging kambing bahagian kaki itu ke dalam kuali. Kemudian satukan daging kambing dengan sedikit sos kambing dan bakar dalam ketuhar selama dua jam setengah atau sehingga daging kambing empuk.
4. Sementara menunggu daging empuk, perap kentang bersama mentega tanpa garam dan daun ketumbar. Bungkus ia ke dalam pembalut aluminium.
5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45 tahun pada suhu 200 darjah celcius (bergantung kepada saiz kentang).
6. Setelah masak, angkat dan hidang.

Chicken Punch

Bahan-bahan;
2 kg kepak ayam (20 ketul @100 gm setiap satu)
Bahan untuk Sos;
10 gm lada hitam
10 gm garam
50 gm sos tomato
10 gm serbuk cili (perasa)
10 gm serbuk stok ayam
50 gm sos tiram
5 gm minyak bijan
100 gm daun ketumbar (dihiris kasar)
Cara membuat;
1. Potong setiap kepak kepada tiga bahagian. Kemudian tarik kulit dan isi pada bahagian pangkal dan tengah kepak tadi sehingga tiada daging yang tinggal. Potong hujung kepak.
2. Kemudian, campurkan semua bahan-bahan sos untuk persediaan sos dan memerap kepak ayam.
3. Asingkan 1/3 daripada bahan itu untuk memerap kepak ayam dan selebihnya untuk membuat sos.
4. Kemudian, campurkan bahan-bahan perap dengan kepak ayam (pastikan ia kering) dan simpan ke dalam peti sejuk semalaman.
5. Panggang kepak ayam dengan api sederhana untuk mengekalkan keenakannya.
6. Masukkan sos ke dalam periuk. Kemudian masukkan ayam yang siap di panggang tadi. Pastikan jumlah ayam berpadanan dengan jumlah sos yang ada.
7. Kecilkan api dan reneh selama 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
8. Letakkan ayam yang telah masak di atas pinggan dan tuangkan sos panas ke atasnya.
9. Letakkan helaian salad sebagai tambahan. Sedia untuk dihidangkan.

Spicy Italian Sausage Lingguini

Bahan-bahan;

10 gm minyak zaitun
10 gm bawang putih } di mayang halus
20 gm cili benggala hijau } di hiris
20 gm cili benggala merah } di hiris
1 sudu teh daun parsli } di hiris
60 gm sosej kambing berperisa herba
1 sudu teh pes herba Itali (bahan-bahan utk pesherba itali di bawah)
200 gm pasta Lingguini

Bahan-bahan pes herba Itali;

1 sudu teh herba campur kering (oregano, thyme, sage)
1 sudu teh serbuk bawang putih kering
1 sudu teh serbuk cili
2 sudu makan daun basil segar } di hiris
1 sudu makakn mustard dijon atau biji sawi dijon
1 sudu makan minyak zaitun

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bawang putih, cili merah & cili hijau. Tumis sehingga lembut. Masukkan pula sosej dan biarkan masak.
3. Tambahkan pes Herba Itali. Kacau kuah ini dengan sebati.
4. Masukkan pasta ke dalam ramuan kuah. Taburkan daun parsli ke atas pasta sebelum dihidangkan.

1st Entry

Salam sume...

aku wujudkan blog resepi nie untuk memberi maklumat / resepi segala macam kuih-muih, lauk pauk, kek-kek dan semua yang berkaitan dengan masakan yang aku kumpulkan dari majalah2 dan mana-mana sumber yang boleh di percayai... ahaks... semoga maklumat ini akan berguna pada semua... salam:p